Susunan 2 Jenis Ayat Ruqyah, Manzil, Ayat 33, Ayat Syifa dan Ruqyah ain
Menurut kitab Senjata Mukmin karya tulisan Al-Allamah Syeikh Haji Husin Qadri, barang siapa beramal dengan membaca ayat-ayat 33 ini pada siang atau malam hari, adalah dia dalam aman sentosa, terpelihara daripada segala kebinasaan dan terpelihara hartanya daripada pencuri, perompak dan sebagainya pada siang atau malam harinya, dengan izin Allah SWT.
Ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat manzil menurut Syeikh Muhammad Talha. Ia disebut juga dalam perlbagai kitab seperti Al-Qaulul Jamil karya tulisan Al-Muhaddisin Syeikh Syah Waliullah r.a. dan Bihisti Ziwar karya Syeikh Ashraf Ali Thanawi.
Al-Muhaddisin Syeikh Syah Waliullah r.a. mengatakan bahawa 33 ayat-ayat ini akan menyelamatkan seseorang daripada mara bahaya sihir. Di samping itu, seorang pembaca ayat-ayat ini akan terlindung daripada bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain.
Syeikh Ashraf Ali Thanawi di dalam kitabnya Bihisti Ziwar, mengajar cara perubatan menggunakan ayat ini. Menurutnya, jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Dan, jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah.
Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh Haji Muhammad Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan (bapa kepada mantan Mufti Besar Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Murtadza Bin As-Syeikh Haji Ahmad) dalam kitabnya Safinatus Salamah telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat 7, ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat diri, ahli keluarga dan harta benda serta perubatan daripada penyakit dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi.
Adapun menurut kitab yang juga ditulis oleh Sheikh Ahmad di atas, Tuhfatul Auton Wal Ikhwan Fi Zikri Ba'dil Azkar Wal Aurad Wal Ad'iyyah Allati Tata'allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat Hirz dan ayat Hirs.
Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang menyatakan barang siapa membaca ia pada malam hari tiada mudarat kepadanya oleh binatang-binatang buas dan pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi.
Dan direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu pagar daripada besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100 jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah SWT menyembuhkan kita daripada semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota (lumpuh).
Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith yang tersebut terdahulu termasuklah hadith yang disebut oleh saudara Rafizal Baharom iaitu:
Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )
Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.
Ada pun sahih pada periwayatan hadith tidak bermakna kandungan hadith-hadith semestinya sama sepenuhnya. Justeru, ada hadith-hadith sahih yang sedikit berbeza matannya tetapi mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Maka mengamalkan ayat 33 ini haruslah mengikut ilmu yang diajarkan oleh guru-guru mursyid masing-masing walaupun sedikit berbeza antara satu guru mursyid dengan yang lain.
Menurut Syeikh Ahmad, ayat 33 adalah seperti berikut:
01. Al-Fatihah (1-7)
02. Al-Baqarah (1-5)
03. Al-Baqarah (163-164)
04. Al-Baqarah (255-257)
05. Al-Baqarah (284-286)
06. Al-A'raf (54-56)
07. Al-Israk (110-111)
08. As-Saffat (1-11)
09. Ar-Rahman (33-35)
10. Al-Hasyr (21-24)
11. Al-Jinn (1-4)
Adapun menurut Syeikh Husain Qadri, ayat 33 adalah seperti berikut:
Dimulakan dengan Al-Fatihah.
01. Al-Baqarah (1-5)
02. Al-Baqarah (255-257)
03. Al-Baqarah (284-286)
04. Al-A'raf (54-56)
05. Al-Israk (110-111)
06. As-Saffat (1-11)
07. Ar-Rahman (33-35)
08. Al-Hasyr (21-24)
09. Al-Jinn (3-4)
Beza di antara ayat 33 ini menurut Syeikh Ahmad dan Syeikh Husain Qadri hanyalah pada 03. Al-Baqarah (163-164) dan 11. Al-Jinn (1-4).
Bagaimanapun terdapat lebih banyak ayat di dalam ayat Manzil berbanding ayat 33 yang sebahagiannya telah dirujuk sebagai ayat 15 (Insya Allah saya akan membincangkannya dalan tazkirah yang lain). Bolehlah disimpulkan bahawa ayat Manzil merujuk kepada himpunan ayat yang berbeza daripada himpunan ayat 33.
Ayat 33 menurut Syeikh Husain Qadri secara tidak langsung telah dipersetujui oleh semua tanpa sebarang pertikaian dan lebih utama diamalkan tanpa keraguan. Bagaimanapun, tiada salahnya bahkan lebih baik membaca lebih seperti menurut Syeikh Ahmad atau ayat Manzil.
Semoga kita dapat beramal di setiap hari dan malam serta mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan ayat 33 ini.
Dua kaedah untuk mengubati sakit menggunakan ayat 33 ini:
1. Pesakit mengamalkannya sendiri.
2. Membaca ayat 33 ini dan menghembuskannya pada air dan diberi minum kepada pesakit.
MANZIL
Kitab Manzil adalah kumpulan pilihan ayat-ayat Al-Alqur’an yang dibacakan oleh Rasulullah, s.a.w. ke atas seorang Badwi yang sedang mengalami sejenis penyakit gila. Selepas Rasulullah membacakan ayat2 itu, maka telah hilang penyakit gila orang Badwi itu. Ayat-ayat kumpulan ini bagus juga dibuat amalan ratib harian dan bacaannya digunakan juga sebagai keperluan perubatan dari segenap penyakit Zahir dan Batin. Dirujuk dalam kita "Hayatul Sahabah" jilid 3, muka surat 374.
Manzil ini mengandungi beberapa ayat Al-Quran yg diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat selaku Syifa' ( penawar dan ubat ) bagi beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir, gangguan jin dan lain-lain. Ubai bin Kaab meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah s.a.w datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta org itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )
Orang tua2 menasihatkan agar kita membacakan ayat-ayat ini untuk "mengubati" anak-anak atau adik-adik kita yang nakal (ataupun isteri/suami) agar menjadi orang baik dan soleh.
Dimulakan dengan:
01. Al-fatihah (1:1-7)
02. Al- Baqarah (2:1-5)
03. Al-Baqarah (2:163)
04. Al-Baqarah (2:255-257)
05. Al-Baqarah (2:284-286)
06. Ali-Imran (3:18)
07. Ali-Imran (3:26-27)
08. Al-A'raf (7:54-56)
09. Al-Isra (17:110)
10. Al-Isra (17:111)
11. Al-Muminun (23:118)
12. Ash-Shaffat (37:1-10)
13. Ar-Rahman (55:33-40)
14. Al-Hasyr (59:22-24)
15. Al-Jin (72:3)
16. Al-Kafirun (109:1-6)
17. Al-Ikhlas (112:1-4)
18. Al-Falaq (113:1-5)
19. An-Nas (114:1-6)
ASAS AYAT RUQYAH
Ayat-ayat Ruqyah sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikh Wahid Abdus Salam Bali dalam bukunya Sihir dan Cara Pengubatannya Secara Islami (Ash Shorimul Battar fit Tashoddi lis Saharotil Asyoori)
1: Alfatihah
2: Albaqarah ayat 1-5.
3: Albaqarah ayat 102.
4: Albaqarah ayat 163-164.
5: Albaqarah ayat 255.
6: Albaqarah ayat 285-286.
7: Al-imran ayat 18-19.
8: Al-A'raf ayat 54-56.
9: Al-A'raf ayat 117-122.
10: Yunus ayat 81-82.
11: Thaha ayat 69.
12: Almu'minin ayat 115-118.
13: Ash shaffat ayat 1-10.
14: Al ahqaf ayat 29-32.
15: Arrahman ayat 33-36.
16: Al hasyr ayat 21-24.
17: Al jin ayat 1-9.
18: Al ikhlas.
19: Al falaq.
20: An naas.
AYAT SYIFA
Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan. penyakit yang sudah puas diubati dengan berbagai cara perubatan, tetapi tidak juga sembuh. Pada suatu hari pesakit itu telah diziarahi oleh seorang temannya. Pesakit tersebut mengadu halnya yang telah puas berikhtiar tetapi masih belum disembuhkan Allah. Teman tersebut bertanya sama ada dia telah membaca " Ayat Ash-Syifa' " . Pesakit itu mengatakan belum, lalu teman tadi pun membaca "Ayat Ash-Syifa" yang akhirnya dengan izin Allah s.w.t. ia pun sembuh. Ulama-ulama terdahulu telah banyak membicarakan tentang rawatan secara ini dan mengumpulkannya dalam beberapa buah buku yang terkenal antaranya: At-Tibbu 'n-Nabawi, At-Tibb wa 'r-Rahmah, Zadu 'l Ma'ad fi Hadyi Khairi 'l-'Ibad dan lain-lain lagi. Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ".
1.At-Taubah:14
2. Yunus:57
3. Al-Nahl:69
4. Al-Israa':82
5. Asy-Syu'araa':80
6. Fussilat:44
Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya:
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."
Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya. Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.
Cara-Cara Menggunakan Ayatus Syifa'
Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.
AYAT RUQYAH BAGI YANG TERKENA SIHIR
Banyak versi yang boleh ditemui dari guru-guru perubatan, kiyai, sufi dan masyeikh. Antaranya ialah:
1. Surah Yunus ayat 80-81.
2. Surah al-A'raaf ayat 117-121.
3. Surah Thaha ayat 67-70.
4. Surah Furqan ayat 32.
5. Surah Anbiya ayat 70.
6. Surah Nur ayat 39.
7. Surah Al-Isra ayat 81.
8. Surah Fussilat ayat 42.
9. Surah Fathir ayat 10.
10. Surah Anbiya ayat 18.
11. Surah al-A'raaf ayat 17.
12. Surah Al-Kahfi ayat 98.
13. Surah Thaha ayat 69.
14. Surah Al-Falaq.
15. An-Naas
AYAT RUQYAH BAGI AIN
Disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.” (Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)
"Al-'Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak adam"-Imam Ahmad
Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)
Dimulakan dengan membaca:
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ عَدُوٍّ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَ عَيْنٍ لَّآمَّةٍ
1. Alfatihah di baca 7x.
2. Ayatul kursyi di baca 7x.
3. Surah almulk ayat 1-30.
4. Alqalam ayat 51 di baca 7x.
5. Al ikhlas di baca 7x.
6. Al falaq di baca 7x.
7. Annas di baca 7x.
Diakhiri dengan doa berikut:
بِسْمِ اللهِ ، حَبَسَ حَابِسٌ، وَحَجَرَ يَابِسٌ، وَشِهَابَ قَابِسٌ، رَدَدْتُ عَيْنَ الْعَائِنِ عَلَيْهِ، وَعَلَى أَحَبِّ النَّاسِ إِلَيهِ، فَارْجِعْ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِنْ فُطُورٍ، ثُمَّ ارْجِعْ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ فَخْرَجَت حَدَقَتا الْعَائِنِ، وَقَامَتِ النَّاقِةُ لَا بَأسَ بِهَا
"Dengan nama Allah, yang tertahan akan tertahan, batu-batu tetap sahaja mengering, binatang berekor tetap sahaja bersinar, aku kembalikan pandangan mata jahat ini kepada orangnya dan kepada org yg dicintainya, maka lihatlah ulang-ulang adakah kamu lihat sesuatu yg tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi, nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan sukar
Qobiltu untuk menjadi amaliah. AL FATIHAH, SEMOGA BERKAH DAN MUNAFAAT. AMIN YA RABBAL ALAMIN
BalasHapus